Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Ningmei Soul GI6 – Desktop PC Yang Dijana AMD Ryzen 5

Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Ningmei Soul GI6 – Desktop PC Yang Dijana AMD Ryzen 5

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Bulan Jun lepas, Xiaomi telah mula mengumpul dana untuk Ningmei CR100 – iaitu sebuah desktop kompak yang berharga bawah RM1000. Xiaomi bukan sahaja mengeluarkan telefon pintar, tetapi sudah pun ada pengalaman dengan pengeluaran komputer riba. Cuma baru-baru ini, mereka kembangkan lagi ke arena desktop dengan kerjasama jenama Ningmei.

Terkini Xiaomi hadir dengan Ningmei Soul GI6, iaitu desktop PC yang dijana AMD Ryzen 5. Cip pemprosesan yang digunakan bukannya Ryzen 5 yang terkini, sebaliknya adalah R5-2600. Terdapat tiga variasi iaitu Share, Fun dan Enjoy yang mana bezanya adalah dari segi kad grafik dan tetapan memori. Untuk Share, ia menggunakan kad grafik RX550 4GB dan memori 8GB RAM serta 180GB SSD. Versi Fun pula menggunakan kad grafik RX590 8GB dan dipadankan dengan tetapan memori 8GB RAM serta 256GB SSD. Akhir sekali Enjoy pula membawakan kad grafik yang sama dengan Fun, iaitu RX590 8GB – tetapi memori adalah 16GB RAM dan 512GB SSD.

Papan induk yang digunakan oleh Ningmei Soul GI6 adalah Asus Master Series A320. Kerangka komputer ini menggunakan rekaan premium dengan panel lutsinar. Ia turut mempunyai dwi-kipas untuk pengaliran haba yang baik. Harga jualan bermula dari RMB2,199 dan boleh mencapai sehingga RMB3,499, iaitu sekitar RM1329 – RM2114.



TIPS & ULASAN