Pakaian Seragam Kalis Api Dan Serangga Dibangunkan Untuk Tentera Amerika Syarikat

Pakaian Seragam Kalis Api Dan Serangga Dibangunkan Untuk Tentera Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Pakaian seragam adalah penting bagi membawakan imej sesebuah pasukan tentera. Tentera Amerika Syarikat misalnya amat mementingkan imej dan antara yang terawal memperkenalkan corak digital yang kini menjadi ikutan negara lain. Inovasi seterusnya yang bakal dipelopori mereka ialah pakaian seragam kalis api dan serangga.

Fabrik pakaian seragam baharu yang telah dibangunkan didapati 30% lebih sukar terbakar dan dapat mengurangkan serangan nyamuk sehingga 98%. Pada waktu yang sama fabrik ini masih boleh “bernafas” untuk memastikan keselesaan pemakai semasa melakukan operasi.

Bahan yang digunakan ialah kombinasi 50% kapas dan 50% nilon yang disembur asid phytik yang berasaskan bahan fosforus. Untuk menghalau nyamuk pula, fabrik disadur permethrin yang dihasilkan dari bunga kekwa. Pakaian seragam dengan fabrik baharu ini akan diperlihatkan pada 21 Ogos kelak.



TIPS & ULASAN