Cari @ Amanz

Paparan baik dengan sokongan kadar segar semula yang tinggi dilihat seakan menjadi perkara penting dalam sesebuah peranti pintar pada masa kini. Kita juga dapat lihat semakin hari, semakin banyak peranti dengan sokongan seperti ini terus-menerus membanjiri pasaran.

Realme juga dilihat tidak mahu ketinggalan dan bersedia untuk bersaing dengan pengeluar lain apabila dikatakan turut sama akan hadir dengan peranti bersama skrin 120Hz. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme X7 dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 1 September.

Poster Acah Tertiris Di Laman Weibo

Nampaknya, Realme X7 akan menjadi peranti pertama daripada jenama ini yang dilengkapi sokongan sebegini. Selain itu, peranti ini juga dipercayai hadir dengan skrin AMOLED dan sokongan rangkaian 5G terbina. Poster turut memperlihatkan binaan peranti yang nipis dan tiada sebarang takuk disertakan. Rentetan daripada itu, pelbagai persoalan mula timbul mengenai rekaan hadapan peranti ini. Akan tetapi, kami menjangkakan banyak lagi maklumat tertiris mengenai Realme X7 yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd