Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note20 adalah siri peranti mercu terbaru dari Samsung, yang mana adalah Note20 dan Note20 Ultra. Kedua-dua peranti ini menggunakan panel skrin OLED dan menyokong paparan HDR10+ serda HD penuh untuk video. Ia baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu dan terkini, Netflix telah menambah sokongan HDR dan HD untuk peranti ini.

Bukan itu sahaja, Netflix turut menambah sokongan HDR kepada Samsung Galaxy Tab S7+, Samsung Galaxy Z Flip 5G, Samsung Galaxy Z Fold 2, TCL 10 5G dan TCL 10 Plus. Manakala bagi peranti Samsung lain, Netflix turut menambah sokongan HD kepada;

  • Samsung Galaxy A21s
  • Samsung Galaxy A31
  • Samsung Galaxy A41
  • Samsung Galaxy A51 5G
  • Samsung Galaxy A71 5G
  • Samsung Galaxy M31s
  • Samsung Galaxy Note20
  • Samsung Galaxy Note20 Ultra
  • Samsung Galaxy Tab A7
  • Samsung Galaxy Tab S7
  • Samsung Galaxy Tab S7+
  • Samsung Galaxy Z Flip 5G
  • Samsung Galaxy Z Fold 2
  • TCL 10 5G
  • TCL 10 Plus

Jadi, jika anda memiliki salah satu peranti di atas – anda akan dapat menikmati HD atau HDR atau juga kedua-duanya sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd