Cari @ Amanz

Jam pintar keluaran Huawei adalah antara peranti boleh-pakai yang menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, Huawei dilihat telah mendaftar tanda dagang baru – Mate Watch yang dikatakan mungkin penjenamaan untuk jam pintar terbaru mereka. Selain itu, ia juga telah diperkatakan yang mana jam tangan pintar baru ini mungkin hadir menggunakan sistem operasi Huawei tersendiri, iaitu HarmonyOS.

Selain desas-desus berkaitan dengan Huawei Mate Watch, kini hadir pula satu lagi jam tangan pintar terbaru yang melepasi pengesahan pihak berkuasa di bebreapa buah negara, iaitu Huawei Watch GT 2 Pro.

Jam pintar ini dipercayai akan menyokong pengecasan nirwayar 10W dan akan menggunakan kapasiti bateri yang sama dengan Huawei Watch GT 2 iaitu 455mAh. Tiada spesifikasi lain yang dikongsi buat masa ini namun, ramai menjangkakan ia akan hadir dengan fungsi lebih baik berbanding sebelum ini.

Dari segi namanya sendiri, kita boleh menjangkakan yang mana Huawei Watch GT2 Pro ini akan membawakan sedikit penambah-baikkan dan naik-taraf berbanding Watch GT2 sebelum ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd