Carian
Mynic Membuka Pendaftaran Awal Untuk Domain Biz.MY
August 19, 2020 Aman

Mynic merupakan penyedia domain .MY, dan menguruskan pelbagai perkara berkaitan dengan penawaran domain dengan akhiran .my. Terbaru, menambah kepada senarai penawaran domain, Mynic telah mengumumkan penawaran awal untuk domain biz.my.

Domain biz.my ditujukan kepada pemilik perniagaan, termasuk pekedai, peruncit, dan juga sektor PKS.

Buat masa ini, pendaftaran awal domain .biz.my ini dibuka untuk pemilik sedia ada domain dengan akhiran .my. Pendaftaran awal ini dibuka sehingga 28 Ogos 2020 kelak, dan akan aktif pada 29 Ogos 2020 kelak.

Mynic dijangka akan membuka pendaftaran domain .biz.my ini untuk semua dalam masa terdekat ini selepas tamat tempoh pendaftaran awal ini.

Komen