Lebih 9 Juta Pengguna Telah Menerima Kredit RM50 ePenjana Melalui Dompet Digital

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Kerajaan sebelum ini telah hadir dengan inisiatif ePenjana, sekaligus menawarkan kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital terpilih. Tiga dompet digital yang terpilih dibawah program ini adalah Boost, Grab dan juga Touch n Go eWallet.

Kredit RM50 ePenjana ini telah ditawarkan sejak 31 Julai 2020 yang lepas, dan melalui data terbaru yang dikeluarkan kerajaan, seramai lebih 9 juta orang telah menerima kredit berkenaan melalui dompet digital yang dipilih mereka.

Kredit RM50 ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan – sekaligus selain mengalakkan transaksi nirtunai, ia juga turut membantu ekonomi setempat.

Bagi anda yang masih belum menebusnya, anda perlu mempunyai aplikasi MySejahtera terpasang – dan menggunakan nama yang sama di dompet digital sebelum melakukan tebsan kredit RM50 ePenjana anda.

TIPS & ULASAN