Dropbox Kini Mencapai 1 Bilion Jumlah Muat Turun

Dropbox Kini Mencapai 1 Bilion Jumlah Muat Turun

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Dropbox adalah perkhidmatan storan awan, yang mana merupakan pesaing kepada perkhidmatan seperti iCloud, OneDrive atau juga Google Drive. Ia mungkin tidak sehebat Google Drive, kerana Dropbox hanya memberikan percuma storan 5GB dan pengguna perlu muat turun sendiri di Play Store berbanding Google Drive yangs edia terbina pada kebanyakan peranti Android.

Terkini, Dropbox telah mencapai 1 bilion jumlah muat turun. Bagi yang tidak tahu, Dropbox adalah antara perkhidmatan storan awan popular sebelum Google Drive popular. Bagi memudahkan pengguna, Dropbox turut membenarkan pengguna Google mengintegrasikan akaun Google bersama-sama dengan perkhidmatan mereka – tetapi ia agak melecehkan. Kemudian, jika dibandingkan dengan Google Drive yang ada lebih 5 bilion jumlah muat turun – Dropbox kelihatan jauh tertinggal di belakang.

Adakah anda salah seorang yang menyumbang kepada jumlah muat turu ini? Atau hanya kekal setia dengan Google Drive?



TIPS & ULASAN