Cari @ Amanz

Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan keretapi KTM, ETS dan juga Komuter utara, kini pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka, iaitu KTMB Mobile. Diterbitkan untuk Android sahaja buat masa ini, aplikasi ini ditujukan untuk pengguna kerap perkhidmatan berkenaan.

Menggunakannya, anda boleh membuat tempahan tiket terus menggunakannya, selain turut melihat aktiviti anda – seperti tiket-tiket yang pernah dibeli. 

Aplikasi ini juga memudahkan dan menjadikan proses anda menaiki perkhidmatan awam berkenaan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Disamping itu, aplikasi baru ini turut menyertakan integrasi dompet digital. Melaluinya, anda boleh melakukan tambah-nilai ke akaun anda pada aplikasi KTMB Mobile ini, dan seterusnya menggunakan ia dalam urusan pembelian tiket perkhidmatan keretapi berkaitan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi KTMB Mobile ini di Android hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd