Cari @ Amanz

Setiap peranti pintar yang ada sekarang mempunyai sistem operasi. Seperti yang kita sering dengar, sistem operasi bagi sesebuah komputer kebanyakkannya menggunakan sistem operasi Windows, manakala bagi telefon pintar pula kebanyakkannya menggunakan Android. Namun, ia sedikit berbeza bagi telefon pintar yang baru dilancarkan oleh OnePlus, iaitu OnePlus Nord, kerana mereka hadir dengan sistem operasi mereka yang tersendiri. Sistem operasi mereka ini dikenali sebagai OxygenOS.

OxygenOS ini dibangunkan berasaskan kepada Android dan dibangunkan sendiri oleh pihak OnePlus. Sistem operasi daripada OnePlus ini tidak membawakan sebarang penambahan kepada antaramuka peranti mereka, sebaliknya mengekalkan pelbagai elemen asal Android. Menurut OnePlus, dengan adanya sistem operasi daripada OxygenOS ini, ia sedikit sebanyak memberi kelancaran yang lebih baik kepada penggunaan telefon pintar mereka dan pada artikel kali ini saya akan menyenaraikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan dan anda nikmati dengan adanya OxygenOS pada OnePlus Nord.

1. Spesifikasi Dan Rekaan Yang Membantu Untuk Mengoptimasikan Kelajuan Peranti

OnePlus Nord ini telah dilancarkan dengan spesifikasi yang dikatakan dibangunkan khas untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada penggunanya. Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 765G, dipadankan dengan 12GB RAM bersama storan dalaman sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4115mAh dengan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 30T, dan sistem operasi OxygenOS berasaskan Android 10. Dari segi kameranya pula, ia hadir dengan gabungan sensor 48MP+8MP+5MP+2MP dan kamera swafoto gabungan 32MP+2MP.

OnePlus Nord ini membawakan rekaan skrin 6.44 inci OLED 90Hz. Dengan adanya kadar segar semula sehingga 90Hz ini, proses tatalan skrin menjadi lebih lancar dan laju. Ia sedikit sebanyak memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada pengguna kerana skrinnya mempunyai kadar responsif yang tinggi.

2. Pengalaman Penggunaan Yang Serba Laju Dengan Sokongan 5G

Melalui bantuan OxygenOS yang terbina di dalam OnePlus Nord, kemaskini yang dilakukan pada sistem operasi ini telah membolehkannya menyokong dua rangkaian 5G pada telefon pintar mereka. Walaupun kita sedia tahu rangkaian 5G ini masih lagi di peringkat ujian di Malaysia, namun dengan adanya OnePlus Nord yang menyokong rangkaian 5G, ia sedikit sebanyak melegakan hati kita agar tidak perlu risau kerana ia menyokong untuk beroperasi dengan rangkain 4G sedia ada dan juga 5G kelak. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini boleh menukar jenis rangkaian yang kita inginkan, samaada 4G atau 5G. Jadi anda tidak perlu risau untuk membeli telefon pintar yang baru sekiranya rangkaian 5G ini sudah mula ditawarkan kepada umum kerana OnePlus Nord sudah tersedia untuk menyokong rangkaian ini.

3. Menyokong Pelbagai Fungsi Baru Ditawarkan Daripada Google

Melalui kemaskini yang telah dijalankan bagi sistem operasi Android 10, ia sedikit sebanyak memberi peluang kepada anda untuk merasai pengalaman menggunakan beberapa fungsi baru yang ditawarkan kedalam OnePlus Nord. Antaranya adalah Smart Reply yang memudahkan anda untuk membalas sesuatu notifikasi, mod Focus yang membantu anda untuk fokuskan kepada sesuatu aplikasi sahaja, Live Caption yang menjana sari kata untuk media yang dimainkan dan banyak lagi. Malah menurut OnePlus, fungsi Live Wallpaper pada telefon pintar juga menyokong untuk bertukar-tukar warna mengikut kepada keadaan cuaca sesuatu masa. Hal ini adalah kerana mereka telah mengaplikasikan fungsi ini kepada aplikasi OnePlus Weather mereka.

4. Membolehkan Anda Untuk Mengubah Suai Antaramuka Telefon Pintar

OxygenOS yang ada pada telefon pintar OnePlus Nord ini juga menawarkan kebolehan yang membolehkan anda untuk mengubah suai tema telefon pintar anda. Antara ubah suai yang boleh dilakukan adalah menukarkannya kepada tema gelap yang sedap untuk mata memandang, menukar warna-warna butang di antaramuka telefon pintar dan sebagainya. Tambahan pula OxygenOS mempunyai fungsi yang membolehkan anda simpan gambar peribadi anda ke dalam album yang tersembunyi, melihat kembali gambar yang anda inginkan dengan mudah melalui fungsi album pintar, dan juga video kolaj yang telah disunting secara automatik.

5. Mod Zen Yang Dibina Untuk Membantu Anda Lebih Fokus Kepada Dunia Sebenar

Sekiranya anda mempunyai masalah dalam mengekalkan fokus dalam satu tempoh yang lama, OnePlus Nord ini mempunyai fungsi yang membolehkan anda untuk berhenti bermain telefon pintar dan fokus kepada kerja yang patut anda lakukan. Melalui fungsi ini, telefon pintar anda akan berhenti operasi mengikut tempoh yang anda tetapkan, samaada selama 7 hari atau 14 hari. Tetapi anda tidak perlu risau kerana OnePlus Nord anda masih lagi dapat berfungsi untuk kamera, notifikasi penting seperti menerima panggilan masuk dan juga membuat panggilan kecemasan.

Kesimpulan

Jadi, kita dapat lihat dengan bantuan OxygenOS pada OnePlus Nord ini, ia dapat membantu anda untuk meningkatkan produktiviti harian dari segi menawarkan spesifikasi yang baik, rangkaian 5G yang dapat menyokong sambungan internet yang laju, pelbagai fungsi yang memudahkan kehidupan seharian anda, mengubah suai telefon pintar anda dan juga membantu anda untuk fokus kepada kehidupan seharian. OnePlus Nord bukan sahaja mudah dan seronok untuk digunakan, malah sekiranya anda ingin bertukar kepada peranti OnePlus buat kali pertama, proses pemindahan data juga mudah untuk dilakukan melalui bantuan aplikasi OnePlus Switch. Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar OnePlus Nord ini, ia telah mula dipasarkan di Malaysia pada harga bermula RM1799 dan boleh dapatkannya melalui pengedar-pengedar rasmi mereka.

Penafian: Advertorial daripada OnePlus Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd