Honor Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 8S dengan variasi 3GB RAM dan 64GB storan. Ia akan dijual di Malaysia bermula 22 Ogos pada harga RM429.
Honor 8S sebelum ini telah memasuki pasaran tempatan pada bulan Disember 2019 yang lepas. Ketika itu, hanya variasi 2GB RAM sahaja ditawarkan.

Honor 8S hadir dengan skrin 5.71-inci, dijana cip MediaTek MT6765, bateri 3020mAh, dan menjalankan Android 9 dengan antaramuka EMUI 9.
Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13MP, dan kamera hadapan 5MP. Telefon pintar ini juga dilihat hadir dengan sokongan aplikasi Google.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM429 bermula 22 Ogos ini.