Xiaomi Bakal Menawarkan Monitor Permainan Bersaiz 34-inci Di Malaysia Pada 24 Ogos
August 20, 2020
Xiaomi
Aman
Xiaomi Malaysia hari ini telah mengacah bakal membawa masuksalah satu monitor yang dinantikan ramai, iaitu monitor permainan atau Gaming Monitor bersaiz 34-inci untuk pasaran tempatan.

Dinamakan Mi Curved Gaming Monitor 34”, ia hadir dengan sokongan kadar segar semula 144Hz, selain rekaan melebar. Ia menawarkan resolusi 3440×1440 pixel dengan nisbah paparan 21:9. Monitor ini juga turut menyokong AMD FreeSync Premium.
Buat masa ini, harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi. Xiaomi dijangka berkongsi lanjut mengenainya pada 24 Ogos ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.