Instagram sebelum ini telah sedia memaparkan sebuah notifikasi ringkas pada penghujung aplikasi – sekaligus mengelak pengguna meluangkan masa yang lama pada aplikasi berkenaan, dan mengehadkan penggunaan peranti mudah-alih. Apa pun, kini Instagram dilihat mengubah pendirian mereka, dan akan mula memaparkan perkongsian yang dicadangkan kepada pengguna.
Kini, apabila anda mencapai pada bahagian penghujung perkongsian daripada rakan-rakan atau akaun yang anda ikuti, Instagram akan memaparkan perkongsian cadangan daripada pelbagai akaun-akan awam di Instagram.

Dengan langkah ini, ia akan membuatkan pengguna terus terikat dan meluangkan masa lebih lama pada aplikasi berkenaan.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram, dan anda akan dapat melihat ciri ini tidak lama lagi pada aplikasi perkongsian video dan gambar popular berkenaan.