Boleh kata, rasanya hampir setiap hari kita akan menggunakan Google Search untuk bertanyakan soalan dan juga mencari maklumat. Al-maklumlah, zaman sekarang segalanya di hujung jari sahaja. Kali ini, nampaknya Google dalam usaha menjadikan paparan hasil carian Google Search lebih menarik dan selesa dimata pengguna.

Google kini dilaporkan sedang menguji kemunculan imej latar pada sejumlah hasil carian. Difahamkan, imej latar tersebut akan muncul di bahagian paling atas dan setiap gambar yang keluar adalah berkaitan dengan hasil carian yang dilakukan pengguna. Sebagai contoh, hasil carian berkaitan bunga, gambar latar tersebut akan memaparkan imej bunga.
Buat masa ini, ciri ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan dan belum diketahui bilakah Google akan memperkenalkannya secara umum.