Sejumlah Perkhidmatan Google Menghadapi Masalah Untuk Memuat-Naik Fail

Sejumlah Perkhidmatan Google Menghadapi Masalah Untuk Memuat-Naik Fail

Diterbitkan pada Ogos 20, 2020 oleh .

Google sedia mempunyai sejumlah perkhidmatan menarik yang memudahkan pengguna berkongsi fail atau dokumen dengan mudah. Antaranya adalah termasuk Google Drive, Google Photos, GMail dan sebagainya.

Apa pun, buat masa ini, beberapa perkhidmatan Google dilihat menghadapi masalah untuk memuat-naik fail dan dokumen untuk simpanan.

Melalui ujian kami sendiri, percubaan memuat-naik gambar dan dokumen ke Google Photos atau Google Drive menghadapi kegagalan.

Google sedia mengesahkan perkara ini melalui halaman status mereka, dan sedang melihat kepada masalah yang dihadapi ini.



Paling Popular