Cari @ Amanz

Google kini dalam persiapan untuk memperkenalkan Android 11 tidak lama lagi. Terbaru, melalui beta terbaru untuk Android 11, ia dilihat pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga sebagai aplikasi rakaman yang utama (default).

Untuk makluman, pada peranti Android hari ini, pengguna diberikan pilihan untuk rakaman gambar menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga – mengikut pilihan pengguna.

Tetapi, perkara berkenaan berubah, dan pengguna perlu menggunakan aplikasi kamera yang terpasang untuk tujuan rakaman. Google mengatakan hal ini adalah untuk memberikan lebih keselamatan dan privasi untuk pengguna.

Terdapat kemungkinan yang mana aplikasi pihak ketiga mungkin menyimpan gambar yang dirakam ke awan atau lokasi lain tanpa disedari pengguna – dan Google ingin mengatasinya melalui Android 11.

Apa pun, pengguna masih boleh menggunakan aplikasi khusus yang dirakam, dan mengakses untuk merakam gambar menggunakannya. Anda hanya tidak boleh menetapkan aplikasi rakaman utama kepada aplikasi lain selain kamera yang hadir terpasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd