Sebelum ini ada kedengaran yang Google mungkin akan mematikan perkhidmatan Google Duo. Ini kerana mereka sejak kebelakangan ini fokus kepada Google Meet dan Google Meet mungkin akan menggantikan Duo. Tetapi perkara itu jika benar, mungkin lambat lagi – kerana Google baru sahaja memperkenalkan fungsi menarik yang baru pada Google Duo.
Terkini, Google Duo boleh memaparkan kapsyen ketika pengguna membuat atau menerima panggilan suara dan/atau video. Jenis kapsyen adalah CC, atau kapsyen tertutup yang mana bergantung kepada pengguna ingin mengaktifkannya ataupun tidak. Pengguna boleh mengaktifkannya melalui menu tiga titik di atas hujung kanan dan pilih tetapan dan cari Message, kemudian tekan Captions for messages. Seperti biasa, fungsi ini masih terhad dan segelintir pengguna sahaja akan menerimanya.
Versin terkini sekarang di Play Store adalah v99.0.327226226.DR99_RC10, tetapi menurut XDA – fungsi ini masih tidak kelihatan. Jelas di sini ia adalah kemaskini dari bahagian pelayan sahaja. Fungsi ini juga dilihat terhad kepada pengguna Android sahaja buat masa ini.
- Muat Turun
- Muat Turun Google Duo Di Play Store