Airbnb Mengumumkan Larangan Menyewa Bagi Tujuan Berparti

Airbnb Mengumumkan Larangan Menyewa Bagi Tujuan Berparti

Diterbitkan pada Ogos 21, 2020 oleh .

Pandemik masih belum bejaya dikawal sepenuhnya dan pusat hiburan masih belum dibenarkan beroperasi. Tetapi terdapat segelintir manusia yang merasakan perlu untuk berparti beramai-ramai bersama teman. Antara lubang gelung yang ditemui ialah menyewa bilik selama sehari untuk menganjurkan parti peribadi bersama teman.

Airbnb menyedari masalah yang mungkin timbul dan telah mengumumkan larangan menyewa bilik atau rumah untuk tujuan ini di peringkat global.

Menurut Airbnb sebelum ini 78% pemilik premis meletakkan larangan berparti kepada pelanggan. Tetapi ia kini dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat global. Airbnb juga menetapkan had maksimum 16 individu sahaja pada setiap premis yang disewa. Sekiranya larangan ini tidak dipatuhi, Airbnb berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dengan peraturan terbaru ini, Airbnb ingin mengelakkan perkhidmatan mereka digunakan sebagai kelab malam segera oleh individu yang merindu kelab malam sebenar ketika musim wabak Covid-19.



TIPS & ULASAN