China Mula Menentang Penghasilan Video Mukbang Di Media Sosial

China Mula Menentang Penghasilan Video Mukbang Di Media Sosial

Diterbitkan pada Ogos 21, 2020 oleh .

Trend yang popular di media sosial sejak dua tahun yang lalu ialah video mukbang. Pengguna memuat naik ribuan mereka menghabiskan jumlah makanan yang banyak dalam masa yang singkat. Antara yang tular ialah wanita menghabiskan udang kara bersaiz gergasi dan mengunyah kerang geoduck. Tetapi kepopularan genre ini kini mendapat perhatian kerajaan China yang mula menentang penghasilannya di media sosial.

Kempen Pinggan Bersih diumumkan oleh presiden Xi Jinping minggu lalu yang menggesa rakyat supaya tidak membazirkan makanan. Perang ekonomi dengan Amerika Syarikat serta banjir dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan.

Amaran mula dipaparkan pada video mukbang di Douyin

Sejurus selepas kempen diumumkan, beberapa platform media sosial seperti Douyin memaparkan amaran supaya makan dengan sihat supaya mengurangkan pembaziran pada video mukbang di platform mereka.

Video mukbang pula mula dikaburkan oleh platform bagi mengurangkan tontonan. Terdapat juga laporan pengguna membuang sendiri video mukbang yang dimuat naik.

Walaupun belum diharamkan secara rasmi, setiap kali perkara seperti di atas berlaku ia dilihat sebagai petanda awal pengharaman akan menyusul. Di China kerajaan mempunyai kuasa untuk mengharamkan kandungan di atas talian dengan mudah. Beberapa tahun yang lalu kandungan berunsur hantu dan elemen merentas masa diharamkan kerajaan dari televisyen kerana didakwa tidak sihat untuk minda rakyat China.



TIPS & ULASAN