Di saat ramai pengeluar masih berlumba-lumba untuk menghasilkan peranti dengan bateri 6,000mAh. Samsung dilihat mengorak selangkah ke hadapan apabila dikatakan mempunyai perancangan untuk melancarkan sebuah peranti dengan bateri besar 7,000mAh. Ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy M51 kelak.

Sumber berkata, peranti ini dipercayai telah ditemui di laman Geekbench dengan sokongan Snapdragon 730, memori 8GB RAM dan perisian Android 10 terkini. Kemudian, ia juga dikatakan telah muncul menerusi sejumlah laman pensijilan dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Bukan itu sahaja, terdapat juga maklumat tertiris lain yang mendakwa ia akan membawakan paparan 6.67-inci FHD+ dan kamera utama 64-Megapixel.

Seperti biasa, mesra diingatkan maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Namun, jika ianya benar apakah pandangan anda mengenai sokongan peranti dengan kapasiti bateri yang semakin besar pada masa kini?