Carian
Facebook Akan Mengubah Semua Kepada Paparan Desktop Baru Pada September – Tiada Lagi Rekaan Facebook Klasik
August 21, 2020 Aman

Facebook hari ini telah menerbitkan sebuah halaman sokongan berkaitan rekaan antaramuka desktop – sekaligus memperlihatkan yang mana mereka akan mengaktifkan semua pengguna kepada paparan rekaan antaramuka baru Facebook pada September ini.

Facebook Baru

Menurut Facebook, pada hari ini pengguna desktop boleh mengubah kepada paparan Facebook klasik – tetapi ia akan berubah pada bulan September kelak.

Facebook mengatakan pada September kelak, semua pengguna akan menggunakan rekaan baru Facebook ini.

Rekaan antaramuka Facebook baru dilihat mengetengahkan perkongsian Facebook Stories, selain lebih memfokuskan kepada perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga pada NewsFeed. Facebook juga memfokuskan kepada sokongan FB Groups melalui rekaan baru ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerima rekaan baru Facebook? Adakah anda mengemarinya?

Komen