Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Yang Mampu Milik

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Yang Mampu Milik

Diterbitkan pada Ogos 21, 2020 oleh .

Empat telefon pintar skrin boleh-lipat yang dilancarkan oleh Samsung setakat ini dijual pada harga yang boleh dikategorikan sebagai mampu tengok sahaja. Harga jualan yang tinggi ini ialah faktor yang menyebabkan peranti skrin boleh-lipat masih belum digunakan secara meluas. Menurut laporan Sammobile pagi ini, Samsung sedang membangunkan peranti skrin boleh-lipat mampu milik.

Peranti ini berkemungkinan besar menggunakan rekaan kerangka siput seperti Z Flip dengan storan 64 dan 128GB. Tiada maklumat lain diketahui selain menggunakan nombor model SM-F415. Jika dilancarkan kelak, ia menyasarkan harga jualan sekitar $900 (~RM3800) sebuah. Ini masih lagi harga jualan yang agak tinggi tetapi jauh lebih rendah berbanding RM5888 untuk Z Flip dan RM8388 untuk Galaxy Fold.



TIPS & ULASAN