Carian
TSMC Telah Memasarkan 1 Bilion Cip 7nm
August 21, 2020 Nazrin

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, ataupun TSMC baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah memasarkan sebanyak 1 bilion cip 7nm mereka. Ini merupakan satu tonggak pencapaian buat syarikat tersebut yang boleh dikatakan penting untuk memodenkan pembangunan teknologi pembuatan cip secara global.

Cip 7nm mereka dibangunkan secara rasmi buat kali pertama pada bulan April 2018 bermula dengan proses N7. Sejak tarikh tersebut, mereka telah membangunkan cip-cip pemprosesan untuk pelbagai syarikat teknologi terkemuka seperti AMD, Apple, NVIDIA, Qualcomm dan sebagainya.

TSMC kini telah mula menggunakan proses pembangunan cip N6 yang menggunakan teknologi EUV (Extreme Ultraviolet Litography) yang menjanjikan ketumpatan logik lebih tinggi daripada proses yang digunakan sebelum ini.

TSMC turut berkata lagi bahawa 1 bilion cip 7nm ini, jika disusun, adalah seluas 13 blok bandar Manhattan, New York.

Komen