Tahap Kelajuan Purata Internet Di Malaysia Diperlihatkan

Tahap Kelajuan Purata Internet Di Malaysia Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2020 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini telah melancarkan laporan bulanan mengenai program-program yang sedang dijalankan untuk meningkatkan kadar ketersambungan internet di negara ini.

Mereka juga telah melampirkan sebuah laporan daripada Speedtest Global Index yang memperlihatkan tahap kelajuan internet dari perspektif global dan rantau Asia Tenggara.

Tahap kelajuan internet ini terbahagia kepada dua, iaitu jalur lebar tetap dan juga jalur lebar mudah-alih. Untuk jalur lebar tetap, laporan tersebut memperlihatkan kelajuan purata 81.46Mbps yang menempatkan Malaysia pada tempat ke-40 secara global. Di rantau Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tangga ketiga, dibelakang Singapura dan Thailand.

Untuk sambungan jalur lebar mudah-alih pula, Malaysia mempunyai kelajuan purata 24.32Mbps yang menempatkan Malaysia di kedudukan ke-82 secara global, dan tempat kelima di rantau Asia Tenggara. Di rantau ini, Malaysia dibelakang Singapura, Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Disamping itu, pihak SKMM turut mengumumkan bahawa mereka akan terus meningkatkan tahap ketersambungan internet rakyat Malaysia dari segi gentian optik dan 4G sehingga 2025 kelak untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia boleh menikmati sambungan internet berkelajuan tinggi tidak kira dimana mereka berada.



TIPS & ULASAN