Carian
Oppo Mengacah Kehadiran Oppo F17 Pro Di India Tidak Lama Lagi
August 21, 2020 ā€¢ Amy Maizuraa

Seperti sedia maklum, Oppo sememangnya sedia terkenal dengan sejumlah peranti yang memfokuskan kepada keupayaan fotografi termasuklah siri-F mereka. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Oppo dilihat mula mengacah orang ramai dengan kemunculan sebuah lagi model baru di bawah siri ini.

Memetik video pendek yang dikongsi menerusi Twitter rasmi Oppo India, peranti yang dimaksudkan itu akan dikenali sebagai Oppo F17 Pro. Pada perkongsian yang sama, peranti ini juga dikatakan hadir dengan kemasan anggun bersama binaan yang nipis dan ringan. Jika diteliti, iaĀ juga memberikanĀ gambaran kasar bahawa peranti ini akan hadir dengan binaan berasaskan logam dengan sisi yang melengkung.

Tiada sebarang spesifikasi peranti yang dikongsi buat masa ini dan Oppo juga masih berteka-teki mengenai tarikh pelancarannya. Akan tetapi, menerusi perkongsian seperti ini kita boleh menyasarkan peranti ini akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Komen