Cari @ Amanz

Samsung memperkenalkan format baru HDR10+ yang menurut mereka mempunyai maklumat data meta yang lebih tinggi berbanding HDR10 biasa. Kesemua peranti kelas mercu mereka menyokong paparan kandungan HDR10+ namun harus diakui adalah sukar untuk mencari media yang menyokongnya.

Tetapi bermula hari ini, Google Play Movies akan mula menawarkan kandungan yang menyokong format HDR10+ pada televisyen pintar Samsung di 117 pasaran dunia. Antara kandungan yang menyokongnya ialah filem Joker, Aquaman, Wonder Woman, Shazam!, dan Crazy Rich Asians.

Selain itu kandungan yang sama juga boleh dinikmati pada resolusi 4K pada televisyen pintar keluaran Samsung. Google Play Movies akan menyokong kandungan HDR10+ pada peranti lain di masa hadapan.

Sejak diperkenalkan sekitar dua tahun yang lalu, HDR10+ mula disokong bukan sahaj pada produk keluaran Samsung tetapi juga pada peranti  OnePlus, Oppo, Realme, Redmi dan Xiaomi. Kelebihan HDR10+ ialah peranti tidak perlu membayar lesen untuk menggunakannya berbanding Dolby Vision misalnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd