Kingston ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk pelbagai komponen dan peranti storan termasuklah storan SSD mereka. Terkini, pilihan SSD PCIe terbaru mereka, iaitu Kingston KC2500 baru sahaja memasuki pasaran tempatan untuk mereka yang ingin membina atau menaiktarafkan komputer mereka.
Storan Kingston KC2500 ini hadir dengan beberapa pilihan saiz storan, bermula dari 250GB, 500GB, 1.0TB dan 2.0TB. Storan KC2500 ini menjanjikan kelajuan pembacaan data sepantas 3,500MB/s dan kadar penulisan data 2,900MB/s bergantung kepada saiz storan.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai ciri penyulitan sendiri menggunakan teknik penyulitan perkakasan AES-XTS 256bit yang menyokong perisian-perisian sekuriti seperti Symantec, McAfee, WinMagic dan lain-lain.
Menurut Kingston, siri SSD Kingston KC2500 ini sudahpun memasuki pasaran tempatan dan boleh dibeli melalui kedai atas talian seperti Lazada. Tanda harga ditetapkan seperti yang berikut:
- Kingston KC2500 (250GB) – RM285
- Kingston KC2500 (500GB) – RM484
- Kingston KC2500 (1TB) – RM849
- Kingston KC2500 (2TB) – RM1737