Cari @ Amanz

Syarikat Penerbitan Berita Ternama Memohon Apple Mengurangkan Potongan Yang Dikenakan App Store

Link Copied!

Epic Games memulakan perang ke atas Apple minggu lalu sehingga mengakibatkan aplikasi Fortnite dibuang dari App Store. Saman anti monopoli telahpun difailkan bagi menentang “cukai Apple” sebanyak 30% yang dikenakan menerusi App Store. Selepas Epic Games, kumpulan perdagangan yang mewakili beberapa syarikat penerbitan utama pula memohon supaya potongan keuntungan yang diambil oleh Apple dikurangkan.

Apple News+

Digital Content Next (DCN) yang mewakili penerbitan berita utama seperti Wall Street Journal, New York Times, dan Washington Post memohon Apple mengurangkan potongan keuntungan langganan yang diambil ke 15% sahaja. Pada waktu ini Apple mengambil 30% untuk langganan tahun pertama sebelum dikurangkan ke 15% untuk tahun seterusnya. DCN ingin potongan 15% diberikan juga untuk tahun pertama.

Permohonan ini dilakukan setelah menyedari Apple hanya mengambil potongan 15% dari langganan Amazon Prime untuk tahun pertama. Menurut mereka mengapa Amazon diberikan layanan istimewa berbanding penerbit lain di platform yang sama.


Komen ()