Cari @ Amanz

Menyunting gambar menggunakan aplikasi adalah lumrah kerana ia boleh meningkatkan jumlah pengikut di laman media sosial. Aplikasi Lightroom adalah antara yang paling popular terutamanya di kalangan pengguna profesional. Tetapi bagi pengguna Lightroom versi iOS dan iPadOS, kemas kini mendatangkan masalah yang besar.

Kemaskini ke versi 5.4 yang diberikan baru-baru ini memadam sepenuhnya gambar-gambar dan pratetapan yang disimpan oleh pengguna. Malang sekali kesemua data yang terpadam tidak boleh dikembalikan sepenuhnya pada waktu ini. Sebahagian gambar mungkin boleh dikembalikan sekiranya pengguna melakukan sandaran ke iCloud.

Adobe menyedari masalah ini dan telahpun memberikan kemas kini baharu versi 5.4.1 yang tidak memadam data pengguna tetapi tidak boleh memulangkan data terpadam. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang dihadapi akibat pepijat ini. Pada waktu ini masalah hanya melibatkan pengguna iOS dan iPadOS. Pengguna aplikasi Android, Windows dan Mac tidak terkesan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd