WhatsApp melalui versi beta terbaru mereka, kini memudahkan lagi pengguna melakukan carian mesej mengikut jenis media yang dikongsikan.
Melaluinya, apabila pengguna memilih untuk melakukan carian, anda boleh membuat tapisan mengikut jenis media – sama ada gambar, pautan, dokumen, audio, teks dan sebagainya.

Langkah ini memudahkan lagi pengguna melakukan carian pada aplikasi permesejan berkenaan.
Buat masa ini, ciri ini diuji pada versi beta, dan mungkin akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.