Siri Oppo F17 telah disahkan akan diperkenalkan di India tidak lama lagi. Pada mulanya, Oppo dilihat sekadar mengacah tanpa sebarang butiran lain mengenai peranti ini termasuklah rekaannya. Namun begitu, dalam perkembangan terbaru peranti ini dilihat telah diperlihatkan dalam sebuah iklan ringkas.
Video berdurasi 8 saat itu secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa Oppo akan memperkenalkan dua buah model di bawah siri ini iaitu Oppo F17 dan F17 Pro. Seterusnya, video tersebut turut memperlihatkan rekaan penuh peranti. Di mana, ia akan menggunakan paparan berlubang dengan sokongan dwi kamera swafoto.
Selain itu, ia juga dilihat membawakan sokongan empat kamera utama di belakang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan iklan tersebut menunjukkan rekaan untuk model yang mana satu. Kalau diteliti, rasanya kita boleh kata susunan kamera utama seperti ini kelihatan seakan-akan serupa dengan sejumlah peranti lain di pasaran.

Pada masa sama, kita juga boleh lihat Oppo kali ini mempertaruhkan sejumlah pilihan warna yang menarik pada siri kali ini. Buat masa ini, Oppo dilihat masih terus berteka-teki mengenai spesifikasi dalaman dan tarikh pelancarannya. Seperti biasa, kita boleh menjangkakan maklumat tertiris mengenainya akan terus dikongsi dalam masa terdekat ini.