Cari @ Amanz

Bila menjelang penghujung tahun, pasti ramai di antara kita yang akan menantikan ‘pesta’ jualan murah. Al-maklumlah, pada ketika inilah kita dapat lihat bermacam-macam promosi dan jualan yang akan diadakan. Akan tetapi, penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda ketika ini telah mewujudkan norma baharu dalam gaya hidup termasuklah dari segi cara berbelanja. Di mana, kita dapat lihat banyak pengguna kini lebih selesa berbelanja atas talian untuk mendapatkan sebarang barangan yang diperlukan.

Berbalik kepada topik asal iaitu jualan akhir tahun. Selalunya, apa sebenarnya yang mendorong pengguna untuk berbelanja? Apa pula perkara yang akan mendorong setiap pilihan dan bagaimana untuk para peniaga untuk memastikan keinginan orang ramai dapat dipenuhi. Oleh itu, Facebook telah menjalankan satu kajian mengenai trend yang mendorong pengguna untuk berbelanja. Berikut merupakan lima trend yang perlu dititik beratkan oleh para peniaga sebagai sebahagian daripada perancangan untuk meningkatkan strategi dan potensi jualan:

  • Generasi X mendominasi purata besar perbelanjaan secara atas talian
    • Ketika ini, kita boleh kata hampir semua pengguna kini lebih terikat dengan peranti pintar. Al-maklumlah, segalanya kini di hujung jari sahaja. Ditambah pula pelaksanaan perintah berkurung dalam tempoh tertentu sebelum ini.
    • Hampir 65% pengguna dikatakan menghabiskan lebih banyak masa menggunakan telefon pintar. Lagi menarik, generasi X juga dikatakan golongan yang paling banyak mendominasi perbelanjaan secara atas talian dengan purata mencecah 40%.
Lazada
  • Kegawatan ekonomi akan mempercepatkan pertumbuhan jualan
    • Seperti yang penulis katakan di awal perenggan tadi, penularan COVID-19 secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai norma baharu. Boleh dikatakan, semakin banyak pengguna kini beralih ke atas talian untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
    • Oleh itu, Facebook meramalkan peningkatan harga pada barangan akan berlaku dan ramai pengguna lebih selesa untuk menunggu promosi jualan pada penghujung tahun.
  • Pembelian untuk diri sendiri
    • Seperti kita tahu, sebelum ini pelbagai aktiviti luar tidak dapat diteruskan seperti biasa termasuklah aktiviti membeli-belah. Oleh itu, ramai antara pengguna terpaksa melupakan hasrat untuk berbelanja. Namun begitu, sejak kita mula diberi kelonggaran. Pengguna dilihat sudah mula berbelanja seperti biasa.
    • Kemudiannya, kajian mendapati hampir 84% daripada pembeli lebih gemar berbelanja untuk diri sendiri. Trend ini juga dijangka akan terus berlaku ketika promosi jualan akhir tahun.
  • Pembelian rentas sempadan akan berlaku
    • Kajian juga mendapati bahawa trend pembelian rentas sempadan juga berlaku ketika fenomena jualan akhir tahun ini. Di mana,pengguna akan lebih bersikap lebih terbuka dalam menerokai lebih banyak pembelian produk di seluruh di dunia.
  • Nilai peribadi yang memenuhi kepuasan pengguna
    • Berdasarkan kajian, Facebook mendapati pengguna turut mengharapkan kemas kini yang relevan mengenai sesuatu promosi terbaru yang ditawarkan. Di samping itu, peniaga juga perlu sedar bahawa iklan adalah magnet kepada jualan! Di mana, kajian mendapati lebih 50% daripada pengguna juga lebih selesa dengan iklan yang berkonsepkan kekeluargaan.

Dengan kajian ini, diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga meningkatkan tahap potensi jualan yang lebih menguntungkan. Peniaga perlu diingatkan, mereka haruslah bijak merancang strategi terutamanya untuk memikat hati para pengguna untuk membeli. Sekadar makluman, kajian ini telah dijalankan oleh Facebook dengan kerjasama YouGov sekitar Disember 2019. Seramai 48,348 orang responden yang berumur 18 tahun dan ke atas telah dipilih untuk diuji mengenai tabiat serta sikap membeli-belah bermusim mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd