Carian
Ibu Syarikat Google Dilaporkan Pernah Berbincang Untuk Melabur Pada TikTok
August 22, 2020 Aman

Alphabet, ibu syarikat Google kini dilaporkan pernah berbincang dalam mendapatkan sedikit pegangan pada aplikasi perkongsian video popular, TikTok.

Ia dikatakan Alphabet menyertai sejumlah syarikat lain membentuk konsortium untuk mendapatkan pegangan berkenaan. Apa pun, perbincangan berkaitan mendapatkan pegangan pada TikTok berkenaan telah dihentikan. Apa pun, ia dikatakan Alphabet masih terdapat kemungkinan untuk meneruskan bidaan pada masa akan datang.

Seperti ramai sedia maklum, TikTok sangat popular dikalangan remaja dan anak muda. Hal ini sekaligus membuatkan ramai syarikat yang inginkan pegangan padanya – membolehkan mereka mendapatkan data, selain memaparkan iklan pada platform berkenaan.

TikTok sebelum ini menghadapi masalah di Amerika Syarikat apabila Donald Trump mengarahkan operasi syarikat berkenaan dipindahkan kepada entiti tempatan, atau Amerika akan mengharamkan aplikasi tersebut.

Komen