Pengecas Yang Didakwa Adalah Apple AirPower Dinyahpasang Menunjukkan Rekaan Dalaman

Pengecas Yang Didakwa Adalah Apple AirPower Dinyahpasang Menunjukkan Rekaan Dalaman

Diterbitkan pada Ogos 22, 2020 oleh .

Apple membatalkan pelancaran pengecas nirwayar AirPower tahun lalu selepas mereka gagal menyelesaikan masalah pemanasan melampau pada prototaip yang dihasilkan. Sunguhpun begitu pembangunannya dilaporkan diteruskan semula awal tahun ini bagi memenuhi keperluan pengguna. Hari ini video sebuah pengecas yang didakwa adalah AirPower telah dinyahpasang bagi menunjukkan rekaan komponen dalamannya.

Video yang berasal dari China mendedahkan rekaan multi-gegelung yang bertingkat digunakan untuk mengecas. Dua lapisan gegelung diletakkan bertingkat dang turut dapat dilihat ialah lapisan seakan getah yang mengelilingi gegelung. Litar yang digunakan pula kelihatan komplek dengan puluhan cip diletakkan di dalam konfigurasi berkotak-kotak.

AirPower lain dari pengecas lain kerana membenarkan tiga peranti dicas serentak pada mana-mana lapisan pad pengecas. Tiada zon khas seperti yang ditemui pada pengecas nirwayar lain. Dengan tiadanya AirPower, Xiaomi Mi 20W Smart Tracking telah dilancarkan minggu lalu dengan kemampuan yang hampir sama.



TIPS & ULASAN