Bersempena dengan Hari Merdeka yang menjelang tiba, kini pihak Realme hadir dengan promosi khusus – menawarkan Realme C11 pada harga diskaun.

Realme C11 sebelum ini ditawarkan pada harga bermula RM429 untuk model 2GB RAM dan 32GB storan, tetapi untuk tempoh promosi ini, ia boleh didapati pada harga RM399.
Selain itu, model 3GB RAM dan 32GB storan pula ditawarkan pada harga RM449. Realme mengadakan penawaran harga promosi ini antara hari ini sehingga 31 Ogos 2020 kelak.
Realme C11 merupakan telefon berspesifikasi asas-pertengahan, dilengkapi skrin 6.5-inci HD+, dijana cip Helio G35, dan bateri 5000mAh. Ia turut dilengkapi kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel.
Bagi anda yang berminat mendapatkannya, boleh menyemak penawaran ini – atau turut menantikan pelancaran Realme C12 tidak lama lagi sebelum membuat keputusan akhir anda.
- Beli : Realme C11 RM399