Carian
TikTok Mengesahkan Akan Menyaman Pentadbiran Trump
August 23, 2020 Aman

TikTok kini akan mencabar arahan kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump, dan akan memfailkan saman terhadap perkara berkenaan.

Antara perkara yang akan disentuh adalah termasuk berkaitan arahan meminta ByteDance untuk menjual semua operasi TikTok di Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, TikTok juga akan mencabar spekulasi yang mengatakan TikTok menggunakan aplikasi berkenaan untuk memantau pergerakkan dan sebagainya.

TikTok sebelum ini telah beberapa kali menekankan mereka tidak berkongsi sebarang data aplikasi mereka bersama kerajaan China, selain turut menggunakan pusat data di luar China.

TikTok mengatakan dalam usaha memastikan syarikat dan pengguna TikTok menerima layanan yang adil dan saksama, mereka tiada cara lain dan akan mendapatkan kebenaran melalui sistem kehakiman.

Sebelum ini, Microsoft telah mengatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Komen