Carian
Microsoft Sedang Membangunkan Pusat Data Di Johor
August 23, 2020 Aman

Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan Microsoft, salah satu syarikat gergasi global, sedang membangunkan pusat data mereka di Kulai, Johor.

Ia dikatakan pembinaannya telah selesai sebanyak 40%, dan pembangunan pusat data ini dijangka membawa kepada keuntungan dari segi ekonomi, selain membuka peluang kerja baru.

Pembukaan pusat data Microsoft di Johor juga dijangka akan membawa kepada pelbagai syarikat rangkaian Microsoft untuk membuka atau melabur di Johor.

Selain Microsoft, ia diperkatakan salah satu syarikat teknologi Jepun turut telah memperlihatkan minat untuk membuka pusat data di Johor.

Komen