Realme Mempertontonkan Sejumlah Rekaan Prototaip Telefon Pintar Yang Tidak Dikomersialkan

Realme Mempertontonkan Sejumlah Rekaan Prototaip Telefon Pintar Yang Tidak Dikomersialkan

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Realme merupakan salah satu jenama telefon pintar yang semakin popular dengan penawaran peranti pada harga lebih kompetitif berbanding pengeluar lain. Namun, salah satu perkara yang sering diperkatakan adalah rekaan perantinya yang lebih kurang sama untuk pelbagai variasi peranti mereka.

Terbaru, CEO Realme memperlihatkan sejumlah rekaan kerangka belakang yang tidak pernah dikomersilkan. Daripada apa yang diperlihatkan, mereka bereksperimen dengan rekaan kamera belakang yang berbeza-beza – termasuk secara menegak, dalam latar bulatan, dan melintang.

Realme Prototaip

Disamping rekaan kedudukan kamera, Realme juga dilihat bereksperimen dengan warna kerangka yang berbeza-beza dan berwarna-warni.

Realme Prototaip

CEO Realme mengacah rekaan yang tidak pernah dikomersilkan ini bersama-sama penggunaan kata tagar #BuildingTheFaster7 – sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana siri Realme 7 mungkin diperkenalkan dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN