Carian
Microsoft Menyatakan Kerisauan Ketiadaan Unreal Engine Akan Memberi Impak Terhadap Permainan Mereka
August 24, 2020 Aman

Microsoft hari ini mengatakan Unreal Engine merupakan salah satu teknologi yang kritikal untuk pelbagai pembangun permainan, termasuk Microsoft sendiri. Melaluinya, ia memudahkan para pembangun untuk membangunkan permainan untuk pelbagai platform dengan mudah.

Apa pun, dengan “perang” antara Epic Games dan Apple, ia sekaligus membawa kepada masa depan Unreal Engine yang tidak menentu. Apple sebelum ini telah mengatakan bakal menghalang akaun pembangun Epic Games – sekaligus memberikan impak terhadap pembangunan Unreal Engine untuk iOS dan Mac.

Perkara ini dijangka akan memberikan impak yang besar kepada para pembangun permainan seluruh dunia – termasuk Microsoft sendiri. Dalam usaha mengelak Epic dihalang oleh Apple, kini Microsoft menyatakan sokongan terhadap Unreal Engines, dan mengatakan tindakan Apple akan menyusahkan pembangun permainan, dan pemain video sendiri.

Pada masa yang sama, Microsoft juga menyatakan kerisauan untuk pembangun permainan menawarkan kemaskini kepada permainan di iOS dan macOS berasaskan Unreal Engine, selain mana ketidakbolehan untuk pemain berinteraksi dengan pemain di platform lain.

Microsoft sendiri mengatakan ketidak-tentuan ini membuatkan Unreal Engine mungkin tidak dipilih untuk tujuan pembangunan – apatah lagi usaha pembangunan permainan mengambil tempoh bertahun lamanya, dan pembangun inginkan sebuah platform yang disokong lama dan stabil.

Komen