Gambar Sebenar Pixel 5 Dan 4a 5G Tertiris Lengkap Dengan Spesifikasi

Gambar Sebenar Pixel 5 Dan 4a 5G Tertiris Lengkap Dengan Spesifikasi

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Pada hujung minggu lalu seorang pengguna Reddit telah memuat naik gambar dua peranti yang didakwa adalah Pixel 5 dan Pixel 4a 5G. Pixel 5 ialah peranti dengan panel belakang berwarna hitam dan Pixel 5a 5G pula dengan panel belakang berwarna putih.

Dapat dilihat kedua-duanya mempunyai rekaan yang sama seperti bonggol kamera berbentuk empat segi menempatkan dwi-kamera dan pengimbas cap jari fizikal. Beliau juga berkongsi spesifikasi dengan Pixel 5 dijana cip Snapdragon 765G, memori 8GB, skrin 90Hz, bateri 4000 mAh dan tiada bicu audio 3.5mm. Sementara itu Pixel 4a 5G pula dijana cip Snapdragon 765G, memori 6GB, skrin 60Hz, bateri 3800 mAh, dan juga tanpa bicu audio.

Kedua-dua peranti menggunakan sensor kamera yang sama dengan satu lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar pada bahagian belakang serta satu kamera swafoto. Sedikit mengecewakan kedua-dua peranti masih menggunakan storan UFS 2.1 sedangkan di Malaysia peranti kelas pertengahan sudah mula ditawarkan dengan UFS 3.0.

Masih tidak maklumat bilakah kedua-dua peranti kelas pertengahan ini akan dilancarkan. Tetapi berkemungkinan besar dilancarkan sekitar Oktober.



Paling Popular