Spesifikasi Lengkap Siri Vivo Y20 Tertiris Di Arena Web

Spesifikasi Lengkap Siri Vivo Y20 Tertiris Di Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Di saat pengeluar lain berebut-rebut memperkenalkan model terbaru, kali ini Vivo juga dilihat mempunyai perancangan yang sama. Peranti dimaksudkan adalah siri Vivo Y20 yang akan hadir dalam dua model berbeza iaitu Vivo Y20 dan Vivo Y20i. Spesifikasi lengkap peranti juga telah dikongsi dan kedua-duanya hadir dengan spesifikasi yang sama. Cuma bezanya pada sokongan RAM, pengecasan dan pilihan warna.

Berdasarkan maklumat dikongsi, Vivo Y20 dan Vivo Y20i akan membawakan paparan berukuran 6.51-inci dengan rekaan paparan bertakuk kecil untuk peletakan kamera hadapan. Kedua-dua model akan menggunakan pemproses Snapdragon 460, bateri 5,000mAh dan tiga kamera di belakang. Kamera ini didatangkan dengan gabungan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swa-foto pula adalah 8-Megapixel. Kedua-duanya juga dimuatkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

Bergerak pada perbezaan, Vivo Y20 akan menyokong memori 4GB RAM, sokongan pengecasan pantas 18W dan pilihan warna Obisian Black serta Dawn White. Untuk Vivo Y20i pula, ia akan dimuatkan dengan RAM 3GB, tiada sebarang sokongan pengecasan pantas disertakan dan pilihan warna Nebula Blue serta Dawn White.

Buat masa ini, pihak Vivo masih berteka-teki mengenai tarikh pelancarannya. Akan tetapi kita boleh menjangkakan peranti ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN