Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1,999

Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1,999

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Sejak Xiaomi mula menjual komputer riba permainan di China, mereka mengembangkan lagi produk khusus untuk permainan video – seperti papan kekunci, tetikus, set fon kepala atau juga paparan. Terkini yang memasuki pasaran Malaysia, adalah paparan permainan mereka – Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor.

Nama spesifiknya adalah Mi Curved Gaming Monitor 34”, kerana saiz skrin adalah 34-inci. Apa yang menarik adalah, panel skrinnya jenis melengkung yang mana boleh mengelak dari masalah silau. Paparan ini hadir dengan kadar segar semula 144Hz, resolusi 3440×1440 pixel dengan nisbah paparan 21:9. Paparan ini juga turut menyokong AMD FreeSync Premium. Paparan ini turut mempunyai perlindungan dari cahaya biru yang diiktiraf oleh TUV, boleh mengubah posisi pada 15 darjah ke belakang, 5 darjah ke hadapan, boleh putar pada kadar 40 darjah dan ketinggian yang boleh diubah. Ia juga menyertakan cagak VESA.

Harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM1,999 dan boleh dibeli melalui laman rasmi Xiaomi di Lazada.



Paling Popular