Bulan September tahun lepas, Xiaomi melancarkan Mi Pocket Photo Printer. Ia adalah pencetak gambar mudah alih yang menggunakan tambatan Bluetooth pada telefon pintar. Ini bermakna, setiap gambar yang diambil dan jika ingin disimpan dalam bentuk fizikal – boleh terus cetak. Terkini, ia tiba ke pasaran Malaysia dengan nama Mi Portable Photo Printer.

Mi Portable Photo Printer dijual di Malaysia pada harga RM249 sahaja. Ia hanya menyokong cetakan kertas gambar bersaiz 3-inci. Lebih menarik, teknologi cetakan yang digunakan adalah ZINK – iaitu cetakan nirdakwat. Ia juga menyokong cetakan imej AR dan muzik.
Ia boleh dibeli melalui laman rasmi Xiaomi di Lazada Malaysia.