Cari @ Amanz

Kumpulan jejaka comel bijak berdansa BTS mencatatkan rekod baharu YouTube selepas video muzik terkini mereka Dynamite ditonton lebih 100 juta kali dalam masa 24 jam. Dynamite ialah single pertama mereka yang seratus peratus dalam bahasa Inggeris dan seperti biasa lagu keluaran mereka mendapat sambutan dari peminat tegar yang menggelarkan diri mereka Army.

Rekod ini disahkan sendiri oleh YouTube dengan angka rasmi 101.1 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ia juga memegang rekod jumlah tontonan serentak tertinggi dengan 3 juta penonton. Pada waktu artikel ini ditulis, Dynamite sudahpun mencatatkan 171 juta tontonan selepas ditayangkan selama tiga hari. Sebelum dipintas BTS, rekod ini dipegang oleh sebuah lagi kumpulan dari Korea Selatan iaitu Black Pink menerusi video muzik How You Like That pada bulan Jun lalu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd