Acer Nitro 5 Dikuasakan CPU AMD Ryzen 4000 Kini Di Pasaran Pada Harga RM4099

Acer Nitro 5 Dikuasakan CPU AMD Ryzen 4000 Kini Di Pasaran Pada Harga RM4099

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Komputer riba gaming Acer Nitro 5 boleh dikatakan diantara komputer riba gaming yang lebih mampu milik keluaran Acer. Hari ini, mereka mengumumkan bahawa kemaskini terbaru siri tersebut yang sekarang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 4000 sudahpun memasuki pasaran tempatan.

Acer Nitro 5 ialah sebuah komputer riba gaming 15.6 inci yang kini dikemaskini sedikit rekaannya, dan diberikan nafas baru dengan penggunaan CPU AMD yang terkini.

Seperti yang dikatakan, ia dilengkapi paparan IPS 15.6 inci yang mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding sebelum ini dan kadar segar semula 144Hz yang pantas.

Ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 4800H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB. Dari segi grafik pula, komputer riba ini dimuatkan dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB.

Menariknya, Acer Nitro 5 ini juga hadir dengan sebuah slot storan M.2 PCIe tambahan untuk mereka yang inginkan jumlah storan yang lebih besar.

Sistem penyejukan Acer Nitro 5 ini juga telah diperbaiki untuk memastikan pengalaman gaming anda kekal sejuk tidak kira berapa jam pun anda memainkan permainan-permainan anda.

Menurut Acer Malaysia, Acer Nitro 5 ini sudahpun tiba di pasaran, dan boleh dibeli secara atas-talian ataupun di kedai-kedai fizikal untuk harga RM4099. Untuk jualan Hari Merdeka, model ini boleh dibeli pada harga RM3999.



Paling Popular