Western Digital My Passport Dikemaskini Dengan Storan SSD Dua Kali Ganda Lebih Pantas

Western Digital My Passport Dikemaskini Dengan Storan SSD Dua Kali Ganda Lebih Pantas

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Semasa di kolek cakera keras mudah alih My Passport oleh Western Digital menjadi pilihan kerana harga jualannya yang mampu milik walaupun berkapasiti besar. My Passport SSD menerusi namanya kini menggunakan storan SSD NVMe yang dua kali gana lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Ia kini mempunyai kemampuan membaca pada kelajuan 1050 MB/s dan kelajuan menulis pula pada kelajuan 1000 MB/s dengan sokongan standard USB-C 3.2 Gen 2. Selain storan SSD yang lebih pantas, rekaan kerangka juga lebih padat 10 x 5.5 x 0.8 cm dan lebih dibulatkan. Ia masih mempunyai kemampuan kalis hentakan terjatuh dari ketinggian 1.98 meter.

Untuk menikmati kelajuan maksimum, kabel USB-C ke USB-C diperlukan tetapi Western Digital menyertakan penyesuai USB-C ke USB-A dengan setiap pembelian. Lima warna ditawarkan iaitu biru, emas, kelabu dan merah dengan storan pula dalam saiz 500GB, 1TB dan 2TB. Harga jualan adalah bermula dari $119.99 (~RM501) untuk versi 500GB.



Paling Popular