Acer Spin 5 Dengan Rekaan Dan Spesifikasi Terbaru Kini Kembali – Harga Permulaan RM4399

Acer Spin 5 Dengan Rekaan Dan Spesifikasi Terbaru Kini Kembali – Harga Permulaan RM4399

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Beberapa tahun dahulu, Acer telah membangunkan sebuah komputer riba yang boleh dipusingkan paparannya untuk dijadikan sebuah tablet yang dinamakan Acer Spin 5.

Komputer riba tersebut kini kembali bukan sahaja dengan spesifikasi dalaman yang terkini, tetapi juga rekaan baru yang menjadikannya sebuah komputer riba yang cukup ringan.

Bermula dengan paparan, Acer Spin 5 dilengkapi dengan paparan boleh-sentuh IPS bersaiz 13.5 inci dengan nisbah paparan 3:2 dan resolusi Full HD yang boleh ditolak 180 darjah untuk menukar komputer riba ini menjadi sebuah tablet.

Keseluruhan binaan Acer Spin 5 ini juga jauh lebih ringan pada 1.2kg dan hanya setebal 14.9mm. Ini juga menjadikannya lebih mudah untuk diangkat menggunakan satu tangan. Ia turut dilengkapi stylus Wacom AES 1.0 yang mempunyai 4096 tahap sensitiviti untuk artis yang memerlukannya.

Beralih kepada spesifikasi dalaman, Acer Spin 5 ini hadir dalam dua konfigurasi. Pertama ialah model yang dikuasakan CPU Intel Core i7-1065G7, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB. Model kedua pula dikuasakan CPU Intel Core i5-1035G4, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Menurut Acer Malaysia, kedua-dua model Acer Spin 5 ini juga sudahpun mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM4399 untuk model Intel Core i5 dan RM5299 untuk model Intel Core i7.

Sempena kempen jualan Acer Day yang masih sedang berlangsung, setiap pembelian Acer Spin 5 akan menerima diskaun RM100, manakala 30 pembeli pertama akan menerima pembesar suara Bluetooth Urbanista Sydney secara percuma.



TIPS & ULASAN