Carian
Rekaan Bandar Terapung Penang BiodiverCity Diperlihatkan
August 24, 2020 Effi Saharudin

Penang BiodiverCity ialah projek pembangunan tiga kepulauan buatan manusia yang dihasilkan menerusi teknik tambakan. Ia bukan sahaja akan menambahkan ruang tanah Pulau Mutiara tetapi mempunyai aspirasi menjadi pembangunan contoh yang mesra alam. Minggu lalu rekaan keseluruhan projek Penang BiodiverCity telah diperlihatkan oleh firma BIG-Bjarke Ingels Group.

Projek terdiri dari tiga kepulauan utama The Channels, The Mangrove dan The Laguna. Ketiga-tiganya akan menjadi elektrik, air dan memproses sisa secara kendiri tanpa perlu bergantung kepada Pulau Pinang ataupun Seberang Perai. Ini adalah bagi memenuhi sasaran kerajaan Pulau Pinang untuk menjadi lebih lestari menjelang 2030.

The Channel akan menjadi pusat teknologi lengkap dengan bangunan pentadbiran dan dilihat sebagai pusat banda baharu Pulau Pinang untuk menggantikan Georgetown. The Mangrove pula akan menjadi pusat pelbagai industri. Akhir sekali ialah The Laguna yang akan menjadi kepulauan tempat duduk lengkap dengan pusat membeli belah terapung, dataran awam dan tempat kediaman.

Rekaan kepulauan baharu ini mengambil ilham dari bunga teratai. BIG membayangkan rangkaian pulau yang mesra pengguna dengan ruang khas untuk tumbuh-tumbuhan semula jadi. Pengangkutan awam elektrik seperti pod pengangkutan peribadi, bas, teksi terbang dan bot akan menjadi pilihan utama Penang Biodivercity bagi mengurangkan pencemaran. Terdapat juga perkhidmatan penghantaran menggunakan.

Selepas pembinaan ketiga-tiga fasa tamat kelak, Penang Biodivercity seluas 1821 hektar akan menjadi tempat tinggal kepada 18,000 penduduk. Pada waktu yang sama hasil tambakan akan menghasilkan pantai buatan manusia sepanjang 4.6 kilometer dan taman awam seluas 242 hektar.

Walaupun dibangunkan dengan konsep mesra alam, ia mendapat tentangan dari kumpulan pencinta alam dan juga golongan nelayan kerana akan mengubah landskap perairan selatan Pulau Pinang,

Komen