Spesifikasi Lengkap Siri Oppo F17 Kini Dikongsi

Spesifikasi Lengkap Siri Oppo F17 Kini Dikongsi

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Sebelum ini, rekaannya telah diperlihatkan dalam sebuah iklan ringkas. Seperti yang dapat kita lihat, peranti ini membawakan sokongan empat kamera utama di belakang. Kemudiannya, ia juga hadir dengan sejumlah pilihan warna yang menarik. Kali ini giliran spesifikasi siri Oppo F17 pula dikongsi.

Kita akan mulakan dengan Oppo F17. Telefon ini membawakan paparan berukuran 6.44-inci Super AMOLED FHD+ dengan paparan bertakuk kecil. Untuk spesifikasi, telefon ini akan menggunakan pemproses Snapdragon 662, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Kamera utama dilengkapi empat lensa dengan konfigurasi 16-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Melengkapi peranti, bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 30W Flash Charge.

Bergerak pada Oppo F17 Pro pula. Ia akan menggunakan paparan bersaiz 6.43-inci dengan paparan berlubang untuk peletakan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia juga akan dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Untuk kamera, ia disertakan empat lensa dengan gabungan 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Kapasiti bateri adalah sama dengan Oppo F17 iaitu 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih lagi kekal rahsia dan kita mungkin akan mendengarnya dengan lanjut dalam masa terdekat ini.



Paling Popular