Cari @ Amanz

Sebentar tadi telah kami laporkan yang Amazfit telah mengubah nama aplikasi mereka di Play Store kepada Zepp. Ini kerana, mereka ingin mengintegrasi produk kecergasan mereka ke dalam satu ekosistem iaitu Zepp. Huami sudah pun memiliki Zepp sejak tahun 2018 lagi dan selepas dua tahun, akhirnya kita lihat integrasi ini bermula.

Bersama-sama dengan ini, Zepp turut melancarkan peranti boleh pakai kecergasan tersendiri iaitu Zepp E. Terdapat dua model yang dilancarkan, Zepp E Square dan Zepp E Circle – yang mana jelas kelihatan adalah barisan produk yang jauh lebih premium dari Amazfit.

Zepp E Square menggunakan skrin bersaiz 1.65-inci 348 x 442 pixel dan berat 36 gram, Manakala Zepp E Circle adalah lebih kecil dengan saiz skrin 1.28-inci 416 x 416 pixel dengan berat 32 gram. Kedua-dua Zepp E ini menggunakan panel skrin AMOLED dan adalah jenis nirbingkai. Kaca yang digunakan pula adalah melengkung 3D. Bateri yang digunakan adalah 188mAh, pengecasan bermagnet, dengan ketahanan sehingga 15 hari. Ia turut mempunyai sensor Biological Tracking Optical, pemecutan, geomagnetik, cahaya ambien, enjin getaran dan menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 BLE. Bahan binaan pada tali jam pula adalah keluli, kulit atau Fluoroelastomer.

Jam ini turut mempuyai butang yang mudah untuk digunaka untuk akses menu, muka jam juga ada banyak pilihan, ada 11 mod sukan, boleh di bawa berenang, dan segala data dan status yang direkodkan mudah dipantau. Menggunakan jam ini adalah melalui aplikasi Zepp. Harga jualan jam ini bermula dari $249.99, iaitu sekitar RM1044.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd